PENGEMASAN mendedahkan pelajar tentang struktur, operasi dan fungsi asas Jabatan Pengemasan di sesebuah hotel. Pelajar juga akan mempelajari prosedur operasi standard bagi pengemasan bilik, pembersihan ruang awam serta pendobian.

Hasil Pembelajaran:
1. Mengaplikasi peralatan dan agen pembersihan dengan mengamalkan
standard operating procedure (SOP) yang betul. (P1,PLO2)
2. Mempamerkan operasi pegemasan dengan prosedur yang betul.
(P2,PLO2)
3. Mengikut operasi pendobian dengan prosedur yang betul.
(P2,PLO2)

SANITASI DALAM PERKHIDMATAN MAKANAN membincangkan tentang kepentingan sanitasi dalam industri perkhidmatan makanan. Pelajar akan mempelajari pelbagai jenis mikroorganisma dan kesannya ke atas makanan. Selain itu, pelajar juga diterapkan dengan amalan sanitasi dan tindakan yang diperlukan bagi mencegah keracunan makanan.