Pengenalan kepada industri hotel dan katering mendedahkan kepada pelajar gambaran menyeluruh tentang industri hotel dan katering serta memberi penekanan kepada peluang kerjaya yang terdapat di dalam industri ini.Pelajar diberi pendedahan tentang jenis-jenis institusi penginapan dan perkhidmatan yang disediakan serta peluang kerjaya dalam industri hotel dan katering.

KEUSAHAWANAN memberi pengetahuan tentang konsep dan prinsip asas keusahawanan. Penekanan kursus ini adalah kepada penyediaan rancangan perniagaan dan memulakan perniagaan kecil.

PENGIRAAN KOS MAKANAN memperkenalkan kos yang terlibat dalam pengiraan harga jualan produk dan untung-rugi. Ia juga membicangkan tentang resepi standard, catuan dan faktor yang mempengaruhi kos.

PENGHASILAN PRODUK BAKERI memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah dan langkah-langkah penyediaan doh menggunakan bahan yang betul.Disamping itu, para pelajar juga dapat menghasilkan produk yang berasaskan yis seperti sandwich, ban (manis dan pedas), donut dan pau.

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI HOTEL DAN KATERING mendedahkan kepada pelajar gambaran menyeluruh industri hotel dan katering serta memberi penekanan kepada peluang kerjaya yang terdapat di dalam industri ini. Pelajar diberi pendedahan tentang jenis-jenis institusi penginapan dan perkhidmatan yang disediakan serta peluang kerjaya dalam industri hotel dan katering.

PENYEDIAAN MAKANAN TIMUR memperkenalkan pelajar mengenai pengetahuan asas penyediaan makanan timur seperti penggunaan peralatan dapur,asas pemotongan dan kaedah memasak.Pelajar akan mengapilkasikan apa yang telah dipelajari dengan menyediakan masakan timur.

PASTRI memberi pendedahan kepada pelajar tentang fungsi bahan-bahan asas yang digunakan untuk penghasilan produk pastri seperti pai, tart, choux paste, kuih lapis dan karipap. Di samping itu, pelajar mendapat kemahiran menghasilkan produk pastri mengikut resepi yang ditetapkan.