HOSPITALITI DAN PELANCONGAN DALAM ISLAM membincangkan konsep hospitaliti dan pelancongan mengikut perspektif Islam yang merangkumi penyediaan rumah penginapan, makanan, layanan terhadap tetamu dan hubungan alam sekitar dalam bidang pelancongan. Ia juga membincangkan konsep asas Kaedah Fiqh, nilai-nilai kebersihan dan estetika Islam dalam bidang tersebut dan seterusnya membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengannya.