SINOPSIS:

 

PENGAJIAN MALAYSIA memupuk penghayatan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara. Kursus ini juga dapat mendidik kelompok masyarakat yang mempunyai daya juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran di peringkat antarabangsa. Kursus ini memberi penghayatan tentang sejarah dan politik, perlembagaan Malaysia, kemasyarakatan dan perpaduan, pembangunan negara dan isu-isu keprihatinan negara. Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan warganegara yang setia dan cintakan negara, berwawasan serta bangga menjadi rakyat Malaysia.

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM memfokuskan kepada penguasaan konsep,kemahiran komunikasi dan penyiaran Islam bagi meningkatkan kefahaman pelajar secara holistic terhadap kursus ini